Tips Anda Perlu Tahu Sebelum Bercuti ke Bali, Indonesia

Bali, Indonesia merupakan salah satu lokasi percutian terkemuka buat seluruh travellers dunia. Sebut sahaja nama tempat ini pastinya ramai yang membayangkan keindahan dan keseronokan apabila melancong ke tempat ini. Walaubagaimanapun, pastinya sebelum melancong tentulah kita perlu buat perancangan yang rapi terlebih dahulu.

Selain sediakan barang-barang keperluan dan sebagainya, antara yang anda perlu lihat dan teliti terlebih dahulu adalah beberapa tips dan nasihat daripada mereka yang pernah ke Bali. Tips ini pastinya berguna untuk anda!

TIPS-TIPS ANDA PERLU KETAHUI SEBELUM BERCUTI KE BALI, INDONESIA

#1 Pilih Lokasi Yang Betul Di Bali

Pilih tempat yang betul semasa berada di Bali memainkan peranan penting, lebih-lebih lagi dengan kesesakan lalu-lintas dan cuaca yang panas membuatkan anda lebih suka terperap di dalam bilik hotel ataupun chalet daripada bersiar-siar di luar.

Jika anda mencari tempat rehat, Kuta semestinya bukan pilihan yang tepat. Jika anda ingin membeli belah dan makan makanan yang sedap, seminggu di Nusa Lembongan tidak akan memuaskan cita rasa anda.

#2 Pakaian Semasa Berada di Bali

Pakaian mandi bukanlah satu-satunya yang anda wajib ada, di Bali terdapat banyak jenis bar, restoran dan kelab yang mengenakan dress code. Pastikan anda bawa baju yang cukup dan bersesuaian supaya senang jika ingin pergi ke tempat-tempat tersebut, kalau tidak hanya malu yang akan dapat kerana pakaian yang anda pakai.

Pun begitu, bagi pelancong muslim adalah sangat sesuai dengan pakaian muslimah yang biasa anda gunakan dan tidak terlalu ketat atau tebal kerana cuaca yang panas pasti merimaskan anda.

#3 Hormati Adat Resam di Bali

Adat resam sangat penting di Bali. Seperti anda akan berada di dunia lain jika anda pertama kali melancong ke Bali. Tambahan lagi ada banyak pelancong dari pelbagai negara berkunjung di Bali.

Buat perancangan dengan baik sekiranya tarikh anda sampai di Bali jatuh pada hari Nyepi dimana semua tampat termasuk lapangan terbang tutup selama sehari dan berpakaian sopan (menutup bahu dan lutut) dan pastikan anda berpakaian dengan betul semasa melawati tempat sembahyang mereka.

#4 Berhati-Hati Dengan Haiwan Liar Di Bali

Haiwan liar mungkin nampak comel dan boleh dibelai tetapi penyakit anjing gila dan lain-lain penyakit sangat serius dan berisiko di Bali dan monyet pula terkenal dengan perbuatan yang suka mencuri makanan daripada orang.

Anjing liar Bali sangat banyak dan keadaan anjing-anjing ini dalam kondisi yang agak teruk, jadi sentiasalah berwaspada. Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan, anda boleh membuat menderma di Bali Dog Refuge, di mana organisasi ini menolong menyelamatkan dan memulihkan tempat anjing liar.

#5 Elak Botol Plastik Ketika Melancong Di Bali

Cuaca panas di Bali sentiasa menyebabkan hidrasi tetapi sebelum itu fikirkan persekitaran sekiranya anda ingin membeli botol air yang lain. Dianggarkan tiga juta botol plastik yang dibuang di Bali setiap bulan.

Keadaan ini boleh dikurangkan dengan membeli botol yang diperbuat daripada keluli ataupun kaca yang anda boleh isi semula air. Kebanyakan kafe dan restoran mempunyai tempat untuk pelanggan isi air secara percuma ataupun dikenakan bayaran yang sedikit. Earth Kafe di Seminyak ada menjual botol keluli ini sekiranya anda ingin membelinya.

#6 Sentiasa Ingat Akan Musim Hujan Di Bali

Sentiasa beringat akan musim hujan di Bali sentiasa berlaku di antara Januari hingga April dan Oktober hingga November semasa anda membuat perancangan anda untuk ke Bali.

Diskaun juga berbaloi supaya anda dapat potong sedikit kos untuk pergi ke sana tetapi jika anda hanya duduk di dalam sahaja tanpa dapat bercuti ke luar, anda akan fikir bahawa percutian ini tidak berbaloi.

#7 Tawar-menawar Secara Hormat

Anda mesti suka tawar-menawar dan di Bali anda boleh dapatkan harga yang murah dengan penawaran dan servis di sana juga boleh menggunakan tawar-menawar, tapi anda perlu buat secara hormat dan mulakan dengan senyuman.

Anda akan tahu apabila penjual mula sampai had mereka dan pada masa itu anda tidak boleh berunding lagi. Anda boleh mula keluar dari kedai itu dan jika penjual tidak pergi mengejar anda, itu bermakna mereka tidak mahu menurunkan lagi harga barang mereka.

Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk anda. Selamat bercuti!

Sumber : Melancong.my

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?