Tourism Malaysia Promosi Pelancongan Bersama Blibli di Indonesia

Tourism Malaysia pada Selasa melancarkan promosi pelancongan Malaysia bersama satu daripada platform e-commerce terbesar Indonesia, Blibli, sempena jerayawara misi jualan di Jakarta dan Medan.

Timbalah Ketua Pengarah (Perancangan) Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata inisiatif ini diharap mempercepat pemulihan sektor pelancongan sekali gus membantu pengusaha dan komuniti tempatan.

“Kerjasama dengan Blibli membolehkan produk pelancongan dapat dipromosikan secara langsung kepada bakal pelancong,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran di sini.

Turut hadir Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq.

Sebanyak 16 agensi pelancongan, dua operator taman hiburan di Malaysia, 12 hotel, Malaysia Healthcare Travel Council dan Malaysia Airlines menyertai misi jualan.

Tourism Malaysia juga akan melancarkan program promosi Malaysia di Medan pada Khamis dengan kerjasama syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Misi yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Mohd Yusri Mohd Yusoff turut melawat ibu pejabat Blibli di Jakarta Pusat.

Beliau berharap program ini menjadi platform kepada pemain industri untuk bersama-sama memulihkan kegemilangan industri pelancongan kedua negara dan meningkatkan jumlah pelancong.

Sehingga Julai tahun ini, Malaysia menerima 435,156 kunjungan pelancong Indonesia sejak pembukaan pintu masuk pada 1 April.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?