Jom naik Train DMU dari Gemas ke Kuala Lipis!

Kuala Lipis mempunyai pelbagai lokasi dan tempat-tempat menaik yang anda boleh lawati. Mereka yang inginkan ketenangan tanpa sebarang kesibukan kota bolehlah ke Kuala Lipis untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan dapat menghilangkan stress.

Hanya dengan menggunakan perkhidmatan tren KTMB, anda boleh datang ke Kuala Lipis dengan mudah. Perjalanan menaiki tren KTMB pastinya satu pengalaman yang menarik yang anda mesti cuba!

JOM NAIK SHUTTLE TIMURAN (DMU) DARI GEMAS KE KUALA LIPIS !

Stesen KTM Kuala Lipis

Tren DMU (Diesel Mutiple Unit) ini merupakan salah satu tren KTMB terbaru yang menghubung Gemas dan Kuala Lipis. Antara hentiannya ialah Gemas, Bahau, Mentakab, Kuala Krau, Jerantut dan Kuala Lipis.

Antara yang menariknya, tren DMU ini mempunyai kemudahan lengkap, tempat duduk kluster, soket pengecas, bilik solat, bistro, tandas, ruang simpanan barang serta mesra OKU.

BAGAIMANA UNTUK NAIK SHUTTLE TIMURAN (DMU)?

Untuk penumpang dari Kuala Lumpur dan utara yang ingin membuat perjalanan ke Kuala Lipis, anda boleh menggunakan perkhidmatan ETS EG9321 dan EG9425 untuk ke Gemas dan dari stesen Gemas penumpang boleh membuat pilkihan sama ada untuk menaiki tren DMU Shuttle Timuran atau tren Ekspres Rakyat Timuran untuk ke stesen Kuala Lipis.

Bagi penumpang dari Selatan, anda boleh menggunakan perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran untuk terus ke Stesen Kuala Lipis atau menaiki tren Ekspres Selatan untuk terus ke Gemas dan dari Stesen Gemas, penumpang boleh sambung perjalanan dengan tren DMU Shuttle Timuran untuk ke Kuala Lipis.

Manakala bagi penumpang dari Pantai Timur, anda boleh menggunakan perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran atau tren DMU Shuttle Timuran untuk terus ke Stesen Kuala Lipis.

LOKASI MENARIK & AKTIVITI ECO-TOURISM DI KUALA LIPIS

Pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi yang terdapat di sekitar Kuala Lipis terutamanya yang melibatkan pelancongan berkonsepkan eco-tourism seperti aktiviti berkayak di Lembah Tanum dan menjejaki Gua Temalong, Gua Sisik Naga dan Gua Ikan.

Berikut adalah antar aktiviti dan lokasi menarik sekitar Kuala Lipis ;

Meneroka Gua Taik Bintang
Meneroka Gua Sisik Naga
Berkayak menelusuri Sungai Tanum
Muzium Warisan Lipis
Makan Ikan Patin Original
Jalan-jalan sekitar Kuala Lipis

Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti menarik di sekitar Kuala lipis. Untuk anda yang inginkan tempat percutian yang mempunyai pelbagai aktiviti eco-tourism, Kuala Lipislah tempatnya. Jangan lupa untuk datang ke Kuala Lipis menaiki tren DMU ya!

Beli tiket di : https://online.ktmb.com.my

Aktiviti di Kuala Lipis : Hubungi : Tuah Travel , 013 951 5218

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?