KTMB tawar tren khas terus dari KL Sentral ke Hatyai !

Berita baik buat anda yang dah lama merancang untuk ke Hatyai! Bersempena sambutan Hari Malaysia 2022 minggu depan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan trip perkhidmatan tren dari ibu negara terus ke Hatyai.

Menerusi hantaran dalam laman sosial operator rel itu, perjalanan dikenali sebagai Tren Khas My Sawadee itu hanya mengenakan tambang istimewa serendah RM75 sehala.

“Jualan tiket ini telah dibuka bermula dan penumpang boleh membelinya menerusi laman rasmi online, aplikasi KTMB Mobile atau semua medium penjualan sah,” jelasnya.

Tren tersebut akan berlepas dari stesen KL Sentral pada pukul 10.10 malam 15 September dan tiba esoknya di bandar raya terbesar wilayah Songkhla, selatan Thailand itu pada 7.25 pagi waktu tempatan.

Seterusnya tren berkenaan akan berpatah balik dari stesen Hatyai pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan 18 September dan dijangka tiba di KL Sentral pukul 12.32 pagi keesokannya.

Sejumlah 240 tempat duduk disediakan pihak KTMB dalam gerabak ‘Superior’ manakala bagi penumpang yang ingin merasai tidur di koc ‘Superior Sleeper’, sejumlah 120 katil turut ditawarkan.

Tambang perjalanan sehala di gerabak tersebut masing-masing ialah RM89 untuk katil atas dan RM97 untuk katil bawah dengan semua caj tiket tidak termasuk makanan atau minuman.

KTMB turut memaklumkan bahawa harga tambang perkhidmatan tren berkenaan adalah sama diseragamkan dewasa sahaja dengan tiada tiket khas jenis konsesi atau kanak-kanak.

Bagaimanapun, penumpang boleh juga membeli tiket perjalanan dua hala untuk mengelak kehabisan dan pembatalan tiket itu tertakluk kepada prosedur atau terma ditetapkan KTMB.

Operator rel tersebut turut menyatakan bahawa penumpang boleh membeli pakej percutian di Hatyai dengan merujuk kepada agensi Kurma Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Travel Forte.

Perkhidmatan tren khas itu bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang Lembah Klang yang berhasrat menghabiskan cuti panjang bersempena Hari Malaysia 2022 pada Jumaat ini.

Cepat dapatkan tiket sekarang di https://bit.ly/3kWOQv5 , melalui aplikasi KTMB Mobile atau semua medium penjualan tiket KTMB.

Sumber : Kosmo

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?