12 Kafe Cantik & Instagrammable di Muar, Johor

Muar merupakan salah satu lokasi yang popular di negeri Johor. Rata-ratanya pengunjung ke bandar ini adalah untuk menikmati makanannya dengan melakukan aktiviti jalan-jalan cari makan. Memang ada banyak tempat makan menarik di bandar ini dan kali ini kami ingin kongsikan senarai 12 kafe yang menarik yang anda boleh singgah sekiranya anda datang ke Muar!#1 Project Kaffeine Muar

Salah satu kafe yang menarik di dalam senarai ini, Project Kaffeine menawarkan tempat santai yang eksklusif terletak di aras bumbung rumah kaca di Muar ini. Dengan dekorasi dalaman yang cantik dan elegan, anda dapat makan dan berehat dengan sofa yang selesa dan perabot yang menarik.

Lokasi : Roof Top Level, Urban Green Lot 256, Jalan Sulaiman, Kampung Dato Bentara Dalam, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup Selasa), 12.00 tengah hari sehingga 10.00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/projectkaffeine/

#2 Cafe Lorong Muar

Salah satu lokasi unik di Muar, Cafe Lorong ini menawarkan pelbagai hidangan terbaik di Muar seperti mee bandung, nasi lemak, sate dan pelbagai lagi. Tempat makan yang luas dan selesa, Cafe Lorong ini dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari.

Lokasi : 186, Lorong Serkam 2, Pekan Muar, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (Jumaat Tutup), 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Laman Web : https://www.facebook.com/cafelorongbyogs

#3 Harb Sport Cafe

Kafe pertama dan satu-satunya bertemakan sukan di Muar! Harb Sport Cafe merupakan lokasi yang anda perlu singgah terutamanya bagi peminat sukan bola sepak. Dekorasinya dipenuhi dengan pelbagai tema sukan, daripada potret pemain bola sepak terkemuka sehinggalah bermacam-macam lagi. Anda boleh menikmati hidangan barat dan juga asia yang terdapat disini selain hidangan kopi yang lazat.

Lokasi : No 16, Jalan Sisi, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari, 12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/harbsportcafe/

#4 Mari Cafe Muar

Tersorok di dalam MUO Resort, anda boleh terjah dan singgah ke Mari Cafe dimana ia merupakan sebuah kafe yang menawarkan pelbagai hidangan menarik juga lokasinya yang jauh dari kesibukan bandar Muar. Dikelilingi pemandangan hijau yang menenangkan, Mari Cafe ini pastinya sebuah kafe sesuai untuk anda!

Lokasi : Inside MUO Resort, 8-5, Kampung Dato Bentara Dalam, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup Ahad) 8.30 pagi sehingga 3.00 petang (tempahan awal digalakkan)
Laman Web :https://www.facebook.com/MARICAFEMUAR

#5 Muar Art Cafe at Muar Art Gallery

Muar Art Cafe, seperti nama cafe ini sendiri ia merupakan sebahagian daripada kafe dan juga sebahagian untuk galeri seni dimana pelbagai seni didinding dan perabot yang merupakan karya seni. Berkonsepkan kontemporari dan luas, kafe ini menyediakan pelbagai hidangan yang menarik dan juga kopi yang sedap! Anda jangan lupa untuk mencuba hidangan mereka seperti mee goreng, otak-otak, dim sum dan pelbagai lagi.

Lokasi : 66-1, Jalan Hang Tuah, Taman Junid Perdana, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup Rabu), 7.30 pagi sehingga 5.30 petang
Laman Web : https://www.facebook.com/muarartcafeMAG

#6 Bee Rich Cafe

Bee Rich Cafe sememangnya dkenali kerana kopinya yang begitu cemerlang dan juga salah satu lokasi dengan nasi arab terbaik di Muar. Dekorasi kafe yang selesa juga pelbagai menu menjadikan kafe ini lokasi terbaik untuk anda datang dan singgah.

Lokasi : Jalan Perdagangan Bakri, Off Jalan Bulatan, Taman Sri Emas, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (Isnin Tutup),, 11:00pagi sehingga 10:30malam
Laman Web : https://www.facebook.com/profile.php?id=100057360823031

#7 Tomisstan Cafe

Tomisstan Cafe mungkin agak sukar untuk dicari walaubagaimanapun masih ramai pengunjung yang sanggup datang kerana pelbagai tarikan menarik terutamanya hidangan makanannya yang enak serta loksainya yang berdekatan dengan laut.

Lokasi : Lot 4933, Parit Pechah, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup Selasa) , 3:00 petang sehingga 10:00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/profile.php?id=100064304733102

#8 Fluffy by Chedin

Donut dan pelagai lagi makanan manisan lain merupakan antara hidangan makanan yang tidak boleh dilepaskan. Cafe yang baru sahaja dibuka ini menawarkan pilihan makanan yang menarik untuk dicuba. Anda bolehlah memesan kopi yang dihasilkan dengan segar dan dimakan bersama donut yang sungguh menyelerakan.

Lokasi : 26, Jln Perdana 15, Taman Bunga Mawar, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup Isnin) , 11:00 pagi sehingga 7:00 malam
Laman Web : https://www.instagram.com/fluffy_bychedin/

#9 R&H Cafe

Untuk anda yang mencari lokasi bersarapan yang menarik, anda boehlah ke R&H Cafe Muar ini. Ada pebagai hidangan tradisi Muar yang anda boleh cuba disini antaranya seperti mee kuah, tahu lentok dan pelbagai lagi.

Lokasi : 5, Jalan Seri Temenggong 26/1, Taman Sri Temenggong, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi : 7.30 pagi- 12 tengah hari
Laman Web : https://www.facebook.com/people/RH-Cafe/100063584376747/

#10 Touchwood Cafe

Antara lokasi pilihan penduduk Muar sendiri, Touchwood Cafe menawarkan lokasi santai dan tempat makan yang menarik. Selian itu, hidangan kopinya yang menyelerakan juga menjadi pilihan ramai. Dekorasi cafe yang cantik dan serba minimalis sangat sesuai untuk anda bersantai di sini.

Lokasi : No. 38, Wisma MFA, Jalan Bakri, Taman Tun Dr Ismail, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap hari, 11:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
Laman Web : https://www.facebook.com/touchwoodcafemuar

#11 Sai Kee 434 Coffee Muar

Kalau ke Muar memang tak sah kalau tak singgah ke Sai Kee 434 Coffee ini yang merupakan salah satu kebanggaan Muar. Rasanya tiada siapa dapat tahan aroma kopinya yang begitu menyelerakan juga dengan sepinggan nasi lemak yang sedap dan juga otak-otak. Dekorasi cafenya yang antik dan vintage ini memamng sesuai untuk anda berehat dan bersantai di sini.

Lokasi : 121, Jalan Maharani, Taman Sri Emas, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap Hari, 8:00 pagi hingga 5:30 petang
Laman Web : https://www.facebook.com/434MUAR

#12 Libta Coffee Muar

Salah satu tempat menarik di Muar, Libta Coffee menawarkan suasana yang menenangkan daripada kesibukan bandar Muar dengan lokasi yang cukup selesa. Dihiasi dengan kincir angin dan bunga yang menarik, cafe bertemakan Belanda ini merupakan lokasi sesuai untuk anda menikmati pelbagai hidangan kopi dan makanan yang menarik.

Lokasi : 11, Jalan Naib Piee 1, Taman Perindustrian Ringan Naib Piee, Kampung Naib Piee, Muar, Johor
Waktu Operasi : Setiap hari, 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Laman Web : https://www.facebook.com/libtacoffee

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?