Menara Alor Setar Mercu Tanda Negeri Kedah

Di Alor Setar terdapat menara komunikasi setinggi 165.5 meter dan telah menelan belanja 40 juta untuk membinanya. Sudah pasti menara ini menjadi mercu tanda bagi Negeri Kedah dan menjadi salah sebuah tempat menarik di Alor Setar Kedah.

Ianya merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar yang tersergam di kaki langit bandar. Menara perhubungan ini merupakan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Terdapat juga Balai Cerap yang terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur untuk melihat anak bulan dan Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Menara ini telah menjadi tumpuan para pelancong dalam negara mahupun luar negara. Keindahan menara ini lagi terserlah kerana dikelilingi oleh lanskap yang sangat menarik. Datanglah ke sini untuk melihat pemandangan Bandar Raya Alor Setar yang pasti memukau pandangan anda.

Baca Juga :
-Jom Terjah! Senarai Tempat Menarik di negeri Kedah Darul Aman!
-Ini Senarai Tempat Makan di Alor Setar yang Sedap dan Terbaik!

SEJARAH PEMBINAAN MENARA ALOR SETAR

Pada tahun 1994 telah tercipta satu sejarah bagi negara kita, Malaysia terutama sekali negeri Kedah Darul Aman dimana telah berlangsung upacara peletakan batu asas Menara Alor Setar, yang terletak di persimpangan Lebuhraya Darul Aman, Kedah. Upacara bersejarah tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri pada ketika itu, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun M).

Pembinaan Menara yang bernilai RM40 juta ini berunsurkan kepada seni bina tempatan dan moden. Perasmian pembukaan menara ini telah disempurnakan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) pada 14 Ogos 1997.

Untuk Pengetahuan, struktur binaannya berasaskan ciri-ciri tradisional rumpun padi yang mempunyai keindahannya yang tersendiri. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter dan merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia serta ke-19 di dunia.

Menara yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar raya Alor Setar ini bukan sahaja berfungsi sebagai menara telekomunikasi bagi kawasan utara tetapi juga sebagai pilihan pusat pelancongan utama di negeri Kedah. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Upacara peletakan batu asas menara Alor Setar yang berlangsung pada pada 18 Ogos 1994 ini menandakan pembangunan pesat di negeri Kedah. Selain itu juga usaha pembinaan Menara pemancar ini juga dilihat sebagai inisiatif kerajaan dalam meningkatkan lagi perkembangan teknologi telekomunikasi negara. Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata.

Selain daripada itu, terdapat juga Balai Cerap yang terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur untuk melihat anak bulan dan Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

FAKTA MENARIK TENTANG MENARA ALOR SETAR


Reka Bentuk Menara
Pembinaan Menara yang bernilai RM40 juta ini berunsurkan kepada seni bina tempatan dan moden. Struktur binaannya berasaskan ciri-ciri tradisional rumpun padi yang mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Keistimewaan Menara
Menara ini juga menjadi menara pemerhati bagi melihat anak bulan yang menandakan permulaan Islam. Dek pemerhatian berada di ketinggian 88 meter dari dasar struktur ini.

Apa Yang Ada Dalam Menara?
Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata.

Harga Tiket Masuk MENARA ALOR SETAR

Warganegara
Dewasa : RM 9.00
Kanak-Kanak , Warga Emas dan OKU : RM 5.00
Pelajar : RM 9.00
Sekolah rendah dan Tabika : RM 5.00

Bukan Warganegara
Dewasa : RM 16.00
Kanak-Kanak : RM 9.00
Pelajar : RM 11.00
Sekolah rendah dan Tabika : RM 9.00

LOKASI MENARA ALOR SETAR

Alamat : Darul Aman Highway, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah.
Nombor Telefon : 04-720 2234
Waktu Operasi : 9:00 a.m – 10:30 p.m
Laman Web: Menara Alor Setar Kedah

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?