Panduan & Tips Naik Feri ke Langkawi

Langkawi merupakan lokasi yang sememangnya menjadi tempat pilihan untuk rakyat Malaysia bercuti dan melancong bersama keluarga. Selain popular kerana keindahan alam semula jadi, Langkawi juga menjadi tarikan kerana zon bebas cukai untuk membeli belah.

Kalau tentang tempat menarik di Langkawi sudah disenaraikan sebelum ini, kali ini adalah cara untuk ke pulau ini dengan menaiki Feri. Artikel ini mungkin berguna untuk anda yang baru pertama kali ingin ke Langkawi.

Baca Juga : Senarai Tempat Menarik di Langkawi, Kedah

JETI KUALA PERLIS & JETI KUALA KEDAH

Terdapat 2 jeti yang menjadi kebiasaan dan pilihan untuk ke Pulau Langkawi iaitu Jeti Kuala Kedah dan juga Jeti Kuala Perlis.

LOKASI JETI KUALA PERLIS :

LOKASI JETI KUALA KEDAH :

Kedua-dua jeti ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Misalnya, jika anda memilih untuk naik di Kuala Kedah, jaraknya lebih dekat dengan Kuala Lumpur namun masa perjalanan di dalam feri lebih lama dan tiket juga lebih mahal.

Jeti Kuala Perlis terletak lebih dekat dengan Pulau Langkawi menjadikan jarak perjalanan feri lebih singkat walaupun anda perlu berkereta lebih jauh ke Utara. Tiket feri juga lebih murah. Jeti ini sesuai buat anda yang mabuk laut dan mahukan perjalanan feri yang lebih singkat

Harga Tiket Kuala Perlis – Pulau Langkawi

JENIS PENUMPANGTAMBANG
Dewasa (Warganegara) RM 21.00RM 21.00
Kanak- Kanak (Warganegara) RM 16.00RM 16.00
Dewasa (Penduduk Langkawi) RM 15.00RM 15.00
Kanak-Kanak (Penduduk Langkawi) RM 10.00RM 10.00
Orang Kurang Upaya (OKU) RM 10.00RM 10.00
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) RM 13.00RM 13.00
Dewasa (Bukan Warganegara) RM 27.00RM 27.00
Kanak-Kanak (Bukan Warganegara) RM 19.50RM 19.50

Harga Tiket Kuala Kedah – Pulau Langkawi

Jenis PenumpangKadar Tambang
Dewasa (Warganegara)RM 26.50
Kanak- Kanak (Warganegara)RM 20.50
Dewasa (Penduduk Langkawi)RM 20.00
Kanak-Kanak (Penduduk Langkawi)RM 14.00
Orang Kurang Upaya (OKU)RM 14.00
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)RM 17.00
Dewasa (Bukan Warganegara)RM 34.50
Kanak-Kanak (Bukan Warganegara)RM 25.50

Rujuk jadual penuh di Langkawi Ferry Line

BACA JUGA : 15 PENGINAPAN TERBAIK DI PULAU LANGKAWI, KEDAH

TIPS & PANDUAN LAIN PERCUTIAN DI LANGKAWI

Penerbangan ke Langkawi
Boleh ke sini dengan menaiki kapal terbang, feri atau bawa kereta sendiri ( guna perkhdmatan feri roro).
Penerbangan boleh pilih MAS, Air Asia, Malindo atau Firefly | Penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada jenis pesawat kita naik. Ada hanya 55 minit dan ada mengambil masa 1 jam 20 minit.

Feri ke Langkawi
Jika menaiki feri, boleh naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Feri dari Kuala Perlis hanya mengambil masa 55 minit manakala dari Kuala Kedah pula mengambil masa 1.5 jam. Jika menaiki feri, sampai di Jeti Pekan Kuah Langkawi, seeloknya beli terus tiket untuk balik. Ini untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik ke Kuala Perlis/Kuala Kedah telah habis terutama pada musim cuti sekolah. Seeloknya belilah tiket secara online terutama semasa peak season untuk elak tiket feri habis atau terpaksa beratur panjang dan lama di jeti.
Untuk ke Jeti Pekan Kuah, elok bertolak dari hotel lebih awal sekitar 2-3 jam sebelum masa feri berlepas. Ini untuk mengelak kesesakan menuju ke Pekan Kuah.

Feri roro ke Langkawi – Bawa Kereta ke Langkawi
Jika ingin membawa kereta sendiri boleh gunakan perkhidmatan feri roro yang disediakan dari Kuala Perlis.

Masa Sesuai ke Langkawi
Bila-bila masa sesuai cuma kalau boleh elakkan musim hujan. Jika datang musim hujan, banyak aktiviti akan tergendala. Island Hoping tak boleh, pergi Kilim Geo Park mungkin tak dapat dan naik cable car Langkawi Panoramic juga mungkin sedikit terganggu. Kira pergerakan akan betul-betul terjejas. Kebiasaannya bulan Disember hingga Februari selalu hujan. Tapi ikut nasib juga, cuaca ni kita tak boleh nak ramal sangat.

Kalau yang bujang tu atau dah berkahwin dan tak ada anak-anak yang bersekolah, elakkan datang pada peak season seperti LIMA, cuti sekolah atau public holiday. Selain kena beratur panjang di tempat tarikan, tempat tu juga akan dipenuhi pengunjung. Masa nak makan pun silap-silap kena tunggu lamaaaa….. orang ramai kan…

Masa peak season seperti cuti sekolah, LIMA atau public holiday, kena bayar lebih sedikit seperti kereta sewa dan hotel. Harga makanan juga kalau nasib tak berapa baik pun akan kena bayar lebih. Nak tawar menawar pakej island hoping / Kilim Geo Park pun susah sikit masa peak season sebab masa tu demand tinggi.

Kereta Sewa di Langkawi
Kereta sewa banyak di Langkawi. Boleh ditempah secara online atau telefon. Di airport dan di jeti juga ada kaunter-kaunter kereta sewa.

Shopping di Langkawi
Langkawi juga terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Pelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah dari tanah besar. Antara barangan yang selalu dibeli adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/pelikat, minyak gamat dan rokok. Kedai bebas cukai terdapat di Pekan Kuah. Kedai yang biasa menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group, RAMS, Idaman Suri, Ada barangan mempunyai limit belian dan bergantung kepada berapa lama kita menginap di Langkawi.

Limit belian adalah yang belian yang tidak dikenakan cukai. Jika membeli lebih dari yang dibenarkan, akan dikenakan cukai oleh pihak kastam di Airport. Antara limit belian :

Kain batik hanya boleh beli maksimum 2 helai jika datang sehari semalam dan 6 helai jika menginap lebih 2 malam. Tak silap kain batik jawa (3 serangkai contohnya) ada larangan tapi tak pasti sejauh mana ‘larangan’nya. Set pinggan mangkuk juga hanya dibenarkan 1 set sahaja jika datang sehari semalam. Tapi kalau menginap beberapa malam dan datang dengan ahli keluarga, tidak menjadi masalah. ( berdasarkan pengalaman) Rokok ikut kata kawan saya hanya di benarkan 2 karton sahaja. Jika menginap lebih 2 malam pula saya tak pasti maksima boleh beli. Barang lain seperti coklat dan minyak gamat tiada sekatan had limit.

Semoga dengan artikel kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merancang perjalanan anda ke Langkawi dan bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Jangan lupa untuk ikuti Travetopia.my di semua saluran untuk cerita tentang travel yang terkini.

Surgaroute | Ombak Villa

Artikel Terpilih

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

"Percutian dalam negara masih dapat permintaan tinggi"- Tourism Malaysia

Kecoh baru-baru ini apabila ramai mempertikaikan tentang rakyat Malaysia yang semakin ramai memilih negara jiran sebagai lokasi percutian berbanding lokasi…
Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

Tahniah! AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke 13 berturut-turut!

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13…
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Visa Untuk Melancong Ke Jepun Bermula 11 Oktober 2022

Berita baik buat ‘kaki travel‘, negara Jepun akan menghapuskan semua sekatan perjalanan COVID-19, termasuk keperluan pakej pelancongan untuk pelancong persendirian.…
Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Ini Senarai Penginapan Dengan View Gunung Kinabalu! Memang sangat cantik!

Gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu merupakan sebuah lokasi yang menjadi tumpuan jutaan pelancong. Sama ada pelancong yang datang…
Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley Naik RM5 Mulai 1 Oktober

Harga tiket masuk ke Selangor Fruit Valley (SFV) akan mengalami kenaikan RM5 bagi memastikan perkhidmatan dan kualiti dapat ditingkatkan. Pusat…
Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Rasai Suasana Zaman Silam di Perkampungan Adat Melayu Seri Banian, Pendang, Kedah

Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdindin kayu serta beratap nipah atua rumbia kini semakin ditelah zaman, digantikan dengan…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?