Firefly Lancar Penerbangan Terus Pulau Pinang – Banda Aceh

Firefly melancarkan laluan antarabangsa baharu yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda (BTJ) di Banda Aceh, Indonesia.

Penerbangan FY3510 mula menggunakan laluan baharunya hari ini ketika ia berlepas dari PEN pada 10.50 pagi waktu tempatan dan tiba pada 11.10 pagi di BTJ, menggunakan pesawat Boeing 737-800, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Syarikat penerbangan di bawah Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya, berlepas pada hari Isnin dan Jumaat melalui penerbangan FY3510 dan FY3511.

Kekerapan perkhidmatan akan meningkat secara beransur-ansur kepada empat kali seminggu mulai Disember tahun ini, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan rangkaian di seluruh ASEAN, katanya.

Majlis sambutan telah diadakan di BTJ dengan kehadiran ketua jualan global MAG Roslan Ismail, manakala pasukan pengurusan Firefly adalah antara penumpang yang menyertai penerbangn sulung itu.

“Kami menjangkakan kemasukan pelancong perubatan dan percutian yang tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Philip See sambil menambah ini akan lebih memudahkan masyarakat Aceh untuk mengunjungi keluarga dan teman-teman mereka.

Mereka juga boleh mendapatkan rawatan perubatan daripada pusat perubatan yang ditubuhkan, meneroka warisan Pulau Pinang dan membolehkan pelajar mendaftar di universiti dan kolej Malaysia yang diiktiraf antarabangsa, katanya.

Sementara itu, Ketua Pelancongan dan Kebudayaan Aceh Almunizar Kamal berkata laluan itu mampu membantu memacu pertumbuhan pelancongan kedua-dua belah pihak, Aceh dan Pulau Pinang.

“Aceh, yang terletak di barat laut Indonesia, terkenal dengan pelancongan pantai yang menarik, bangunan pelancongan bersejarah, kulinari istimewa dan kopi. Ini akan menjadi tarikan hebat untuk pelancong,” katanya.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?