Johor Sasar Kedudukan Nombor Satu dalam Sektor Pelancongan Negara Tahun Ini

Negeri Johor Darul Takzim yang terletak di selatan tanah air merupakan antara negeri yang mempunyai pelbagai tarikan menarik tidak kira dari sektor sukannya, makanannya, pelancongan dan pelbagai lagi. Johor menyasarkan sektor pelancongannya mencapai kedudukan nombor satu dalam negara tahun ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hasrat tersebut bagi menyamai pencapaian pelaburan negeri yang mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam negara dengan RM60.9 billion serta kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA, Sabtu lalu.

Imej via Utusan

Beliau berkata hasrat menjadikan sektor pelancongan berada di kedudukan nombor satu juga selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasa pembangunan ekonomi Johor.

“Ini kerana negeri Johor dikurniakan dengan pelbagai pemandangan yang cukup indah, taman negara sahaja ada enam, pulau-pulau di Mersing ada 130, dari segi warisan pun sangat membanggakan… itu belum lagi cakap pasal makanan tradisi kita.

“Oleh itu, sama-samalah kita menjadi duta negeri untuk megharumkan nama negeri,” katanya ketika berucap merasmikan Majestic Johor Festival di sini.

Majestic Johor Festival merupakan kerjasama pelbagai agensi itu bermula Khamis (8 September) sehingga ahad (18 September) dengan menyediakan pelbagai tarikan dan keunikan pelancongan serta warisan 10 daerah di negeri ini.

Pameran Kembara Mahkota Johor yang menampilkan pelbagai kenderaan Sultan Johor adalah antara tarikan utama festival julung kali itu.

Festival berkenaan merupakan satu daripada inisiatif ke arah memperhebat sektor pelancongan sekali gus dilihat mampu meningkatkan jumlah kehadiran pelancong ke negeri ini selepas terkesan akibat COVID-19.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?