Nak bercamping? Ini 16 Barang yang Korang Kena ada!

Merancang untuk berkhemah atau dalam bahasa omputehnya ‘camping’ sebenarnya mudah sahaja. Selepas dah tahu dekat mana nak bercamping, perkara seterusnya yang korang kena buat adalah sediakan barangan yang diperkukan untuk bercamping supaya nanti tiada masalah yang menimpa.

Kenapa kena sediakan barang? Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi nanti sewaktu sedang bercamping, jadi ada baiknya kita sediakan semua barang yang diperlukan terlebih dahulu, kemudian barulah boleh mulakan aktiviti dan perjalanan anda.

Berikut adalah senarai 16 barnagan yang diperlukan untuk lengkapkan pengalaman camping anda.

#1 Peti kecemasan (First Aid Kit)

Kecederaan boleh menimpa tanpa diduga. Kalau masuk hutan anda pasti melalui kawasan berduri atau dahan-dahan yang tajam. Jadi jangan ambil mudah tentang peti keselamatan ini. Paling kurang seorang dalam kumpulan anda perlu ada peti pertolongan cemas ini.

#2 Powerbank

Dalam dunia serba moden ini, powerbank adalah sumber tenaga simpanan anda di kala anda pergi berkhemah. Seperti kita tahu, hutan tiada sumber elektrik, tidak sekali plug point untuk anda charge telefon anda. Ianya juga berguna untuk barangan elektronik anda yang lain.

#3 Sleeping bag

Kalau anda mahukan tempat sendiri untuk anda tidur, apa kata bawa sendiri sleeping bag anda. Ianya mudah di bawa dan praktikal.

#4 Tempat memasak mudah alih

Kalau dah ada api dan bahan untuk masakan, nak masak atas apa? Jadi anda perlu satu frying pan mudah alih untuk anda memasak. Jika anda beli jenis ini, anda boleh buat pelbagai jenis masakan.

#5 Lampu kepala atau flashlight

Ini adalah keperluan asas yang perlu ada. Dalam hutan pada waktu malam, lampu suluh ini membantu anda untuk bergerak. Kalau anda cuma harapkan cahaya bulan purnama, susah nanti.

#6 Pisau kecil

Kalau orang yang biasa masuk hutan, pasti kenal dengan pisau askar ini. Pisau ini bagus sebab ada pisau, gunting kecil, pemutar skru dan macam-macam lagi. Jadi kena ada pisau ini dalam poket anda.

#7 Mancis atau lighter

Bagaimana anda hendak hidupkan api kalau tiada mancis atau lighter. Kalau tak ada api, macam mana nak masak makanan yang anda bawa? Boleh je anda nak cuba cara rambo dengan geselkan kayu kering untuk dapatkan percikan api. Tapi ianya akan mengambil masa.

#8 Tali

Tali penting untuk mengikat barangan anda. Anda mungkin akan gunakannya untuk membuat tali gantung baju basah anda, sangkut khemah dan bermacam-macam lagi. Kalau dalam kesusahan seperti kawan anda ada masalah mendaki, anda ada tali yang boleh membantu.

#9 Kain rentang (Tarps)

Kain rentang jenis kalis air penting sebagai alas tempat duduk atau dijadikan tempat berteduh. Ianya mudah untuk dilipat dan tidak mengambil kawasan yang banyak dalam beg anda.

#10 Kerusi camping

Meskipun batu atau kayu merupakan lokasi ideal untuk duduk semasa berkhemah, kerusi camping dapat meningkatkan lagi pengalaman duduk berkumpul disekeliling unggun api sambil menikmati secawan teh panas.

#11 Hammock dan ponco

Hammock dan ponco juga merupakan alatan yang diperlukan di dalam hutan. Hammock biasanya diikat pada dahan pokok untuk dijadikan sebagai buaian untuk tidur, manakala ponco pula digunakan sebagai bumbung untuk berlindung daripada hujan atau embun.

#12 Peanut butter

Anda mungkin terkejut kenapa perlu bawak mentega kacang. Tapi apa yang anda perlu tahu ialah hayat mentega kacang panjang dan ianya sumber tenaga yang bagus kerana kandungan lemak dan proteinnya yang tinggi. Anda hanya perlu standby roti dan anda terus boleh teruskan perjalanan.

#13 Bekas rempah mudah alih

Takkan anda hendak masak makanan tanpa ada perasa? Ikan yang anda tangkap di sungai paling kurang kena letak perasa sedikit. Perlu ada di dalam beg anda. Saiznya yang kecil tidak akan memakan ruangan dalam beg anda. Bawa juga sedikit minyak masak bersama anda.

#14 Peta dan kompas

Anda mungkin ada GPS dan kompas di telefon bimbit anda. Tapi bagaimana jika tiada akses GPS di tempat anda pergi? Atau telefon anda kehabisan bateri? Jadi perlu ada peta tempat anda mahu pergi dan kompas untuk bantu anda jika anda tersesat. Kadangkala cara old skool yang akan bantu kita.

#15 Baju hujan atau baju sejuk

Cuaca tidak dapat diduga. Biasanya ku sangka panas sampai ke malam, rupanya hujan di petang hari. Jadi anda tidak boleh terlalu bergantung dengan ramalan cuaca. Perlu sediakan juga baju ini sebagai langkah berjaga-jaga.

#16 Beg kalis air

Sekiranya anda bercadang untuk melakukan aktiviti berhampiran air atau aktiviti di hutan seperti hiking dan sebagainya, anda mungkin memerlukan beg kalis air untuk menyimpan peralatan camping elektronik seperti powerbank, kamera dan sebagainya.

Smeoga dengan adanya senarai ini anda dapatlah rancang aktiviti perkhemahan anda nanti. Untuk ketahui tempat-tempat camping menarik anda boelh juga baca artikel-artikel lain yang terdapat dalam web ini ya! Selamat bercamping.

Sumber : Camping

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *