Negeri Sabah Terima 1.19 Juta Pelawat Sembilan Bulan Pertama Tahun 2022

Negeri Sabah menerima ketibaan 1.19 juta pelawat untuk tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.

Beliau berkata jumlah itu enyumbang kira-kira 92 peratus daripada 1.3 juta sasaran yang ditetapkan pada tahun ini dan berdasarkan trend semasa itu, Sabah berada di landasan tepat bagi emncapai sasaran berkenaan.

“Untuk rekod, Sabah mencatatkan anggaran terimaan pelancongan sebanyak RM2.11 billion baji Januari hingga September 2022, lebih tinggi berbanding RM597 juta untuk tempoh Januari hingga September tahun lepas.

“Ketibaan domestik mencatatkan peningkatan sebanyak 680 peratus iaitu 1,046,656 ketibaan berbanding 134,191 pada Januari hingga September 2021. Ketibaan antarabangsa menokok 6,441.9 peratus kepada 143,857 berbanding 2,199 pada Januari hingga September 2022,” katanya dalam kenyataannya.

Beliau berkata pasaran domestik, Singapura dan Eropah seperti United Kingdom, Perancis dan Netherlands menunjukkan pemulihan kukuh yang akan terus memacu trend pemulihan.

“Dari segi jumlah ketibaan bermula Januari hingga September 022, kita telah mencapai 38.2 peratus daripada angka pada 2019 iaitu 3,111,88 pelawat. Saya optimis bahawa dengan usaha yang berterusan ini, meskipun perlahan, kita akan mampu mencapai jumlah pelancong seperti sebelum pandemik,” katanya.

Jafry berkara ketika ini penerbangan antarabangsa pada setiap minggu mencatatkan 47 penerbangan dari Singapura, Brunei, Korea Selatan, Filipina dan Thailand manakala 119 bagi penerbangan domestik pada setiap minggu.

“Say berbezar hati untuk mengumumkan adanya penerbangan antarabangsa yang akan bermula bulan depan sehingga Januari 2023 dari Taipei, Narita (Jepun), Busan (Korea Selatan) dan Hong Kong,” katanya.

Jafry percaya peningkatan penerbangan antarabangsa akan merangsang sektor pelancongan di negeri ini.

Sumber : Bernama

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?