Senarai Kafe Hipster Menarik di Hatyai, Thailand

kafe hatyai

Sebut sahaja tentang Hat Yai, apa yang muncul dalam minda anda? Pastinya makanan Thai yang pelbagai dan juga tempat shopping bukan? Sebenarnya di Hat Yai itu sendiri terdapat pelbagai lokasi kafe hispter yang menarik dan anda boleh kunjungi ketika melancong ke Thailand! Untuk memudahkan anda, ini adalah senarai kafe yang anda boleh kunjungi apabila melancong ke Hat Yai nanti ya!

#1 SeaVerse Cafe & Restaurant Hat Yai

seaverse kafe

Lokasi pertama dalam senarai kali ini adalah SeaVerse Cafe & Restaurant. Ia merupakan sebuah perkampungan terapung, taman tema mini, restoran dan kafe yang semuanya menjadi satu. Pelbagai perkara yang anda boleh lakukan disini, anda boleh berjalan-jalan menikmati keindahan kawasan ini, mendaki menara dan sebagainya. Setelah selesai, anda bolehlah relaks di kafe yang tenang dan selesa sambil menikmati menu yang lazat.

Lokasi : Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi : Setiap Hari, 11:00 pagi sehingga 8:00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/SeaverseCafe

#2 Cheevit Cheeva Hat Yai Cafe

cheevit cheva kafe

Untuk anda yang ingin mencuba makanan manisan yang sedap boleh lah ke Cheevit Cheeva Hat Yai. Sejak mula dibuka sememangnya menjadi tumpuan ramai, antara sebab pengunjung datang adalan untuk mencuba menu bestsellers mereka seperti bingsu, dango, okinawa kokuto dan pelbagai lagi. Anda bolehlah relaks di sini dengan dekorasi dalaman yang menarik dan perabot yang stylish sambil menikmati manisan kegemaran anda.

Lokasi : 43/22 Rajyindee Soi 6/1 Rd, Hat Yai, Songkhla, Thailand
Waktu Operasi : Setiap Hari, 10:00 pagi sehingga 10:00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/cheevitcheevahatyai

#3 The Bay Cafe Songkhla

the bay kafe

The Bay Cafe & Eatery merupakan lokasi yang menyegarkan untuk anda yang mungkin mahu lari dari kesibukan dan kesesakan bandar Hat Yai. Terletak hanya beberapa langkah sahaja dari pantai Samila di Songkhla, ia merupakan lokasi luas dengan pencahayaan yang banyak dan dedaunan yang gugur. Melihat pilihan menu pula anda pastinya akan teruja dengan menu yang disediakan serta harga yang ditawarkan.

Lokasi: Samila Beach, Chalathat, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi : Setiap Hari, 10:00 pagi sehingga 9:00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/thebaycafeandeatery

#4 Cafe Amazon Songkhla

cafe amazon hatyai

Orang kata melancong ke Thailand tak akan sah jika tak kunjungi Cafe Amazon, salah satu rangkaian cafe kopi terbesar. Dengan lebih 2,600 cawangan (dan semakin berkembang) di seluruh negara, anda akan diberi pelbagai pilihan. Tetapi sekiranya anda perlu memilih satu lokasi, anda bolehlah ke Cafe Amazon Songkhla. Dikatakan sebagai salah satu kafe tercantik di Thailand, kafe yang indah ini dikelilingi hutan torpika buatan manusia yang cantik, lengkap dengan air terjun dan sungai. Anda bolehlah relaks dengan secawan kopi yang enak sambil melihat keindahan alam.

Lokasi: 238/13 Sathing Mo, Singhanakhon District, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi : Setiap Hari , 7:00 pagi sehingga 7:00 petang
Laman Web : https://www.facebook.com/profile.php?id=100065355435860

#5 Take A Bus Hat Yai Cafe

take a bus kafe

Sangat insta-worthy, anda pastinya akan teruja apabila melihat Take A Bus Hat Yai Cafe ini yang dibina dengan rekaan yang cukup unik. Apabila masuk sahaja ke dalam kafe ini, anda pastinya akan terkesima dengan bau-bauan pastri yang baru sahaja dibakar. Anda bolehlah menikmati seleksi minuman teh yang enak sambil menari sudut terbaik untuk bergambar.

Lokasi: 17 Ban Thung Pho Alley, Kho Hong, Hat Yai, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi : Setiap Hari, 10:00 pagi sehingga 7:00 petang
Laman Web : https://www.facebook.com/Takeabus.hdy

#6 Butterfly Hat Yai Cafe

butterfly hat yai kafe

Butterfly Cafe merupakan tempat yang paling sesuai untuk anda menikmati kopi yang sedap dan lebih utama, makanan halal. Anda akan dipuaskan dengan pilihan menu yang pelbagai, daripada sarapan sehinggalah kepada makanan tempatan Thai, pastri dan pelbagai lagi. Menawarkan tempat duduk di dalam dan luar, tidak mengejutkan sekiranya anda akan melihat ramai pelancong dari Malaysia yang lepak di sini.

Lokasi : 95/3 Rajyindee Rd, Hat Yai, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi : Setiap Hari, 7:00 pagi sehingga 11:00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069070696467

#7 Lagom House Cafe

lagom house kafe

Terletak di lokasi terbaik di Hat Yai, hanya beberapa minit sahaja dari stesen keretapi dan Lee Gardens, Lagom House direka untuk memberikan anda ruang bergambar yang insta-worthy dari pelbagai sudut. Dahulunya merupakan sebuah rumah kedai, sekarang diubah suai kepada rekaan lebih moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri klasiknya. Menawarkan pelbagai jenis menu menarik, anda pastinya akan gembira bila melihat menu yang sangat menarik dan sedap ditawarkan.

Lokasi : 74/3 Nipatsongkrew 1 Soi 4 Rd, Hat Yai, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi : Setiap Hari, 10:00 pagi sehingga 8:00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/profile.php?id=100028768513473

#8 Sa-Biang Cafe Hat Yai

sa biang kafe hatyai

Penuhi keinginan gastronomi anda dengan kunjungi Sa-Biang Cafe. Dengan dekorasi moden dan minimal ini, kafe terletak di Hat Yai ini menawarkan pelbagai jenis hidangan Thai dan kopi yang menarik, lebih-lebih lagi kerana ianya halal. Sekiranya anda ingin mencari menu selain menu Thai, di sini juga terdapat stik, pizza dan spageti.

Lokasi : 500/2 Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai, Songkhla, Thailand
Waktu Operasi : Setiap Hari, 9:30 pagi sehingga 9:00 malam
Laman Web : https://www.facebook.com/sabiang.halal

#9 Ban Khrua Cafe Hat Yai

ban khrua kafe hatyai

Ban Khrua merupakan sebuah lagi kafe halal terletak di Hat Yai yang pastinya menggamit minat anda. Pada harga yang berpatutan, anda pastinya tidak akan lapar melihat seleksi pilihan menu yang terdapat di sini, pilihan menu Thai yang menarik, pastri, kopi dan pelbagai lagi. Selain itu, dekorasi di kafe ini juga sangat menarik dan selesa.

Lokasi : 8, 5 Santiraj Rd, Hat Yai, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi : Setiap Hari, 10:30 pagi sehinga 8:00 malam
Status: Halal
Laman Web : https://www.facebook.com/BanKhruaHatyai

#10 Double 3 Craft Cafe Hat Yai

double 3 kafe

Salah satu kafe trendy dalam senarai ini, Double 3 Craft Cafe mendapat reputasi yang amat baik daripada pengunjungnya bukan sahaja kerana kualiti untuk menu utamanya, pasti dan kopi tetapi juga kerana suasana dan dekorasi dalamannya yang cukup menarik. Diubahsuai daripada sebuah banglo lama, kafe ini dibangunkan dan direka dengan menarik untuk menarik pengunjung lepak dan menikmati menu menarik mereka.

Lokasi : 33 Niphatsongkrao 1, Hatyai, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi : Setiap Hari, 9:00pagi sehingga 9:00malam
Laman Web : https://www.facebook.com/profile.php?id=100077309294497

#11 Fast Slow Cafe Songkhla

fast slow kafe

FastSlow Cafe mungkin sebuah kafe yang sukar dicari, tetapi anda pasti teruja apabila sudah menemuinya. Salah satu kafe di Hat Yai berstatus Halal, pelancong Muslim pastinya seronok dan gembira melihat seleksi menu yang terdapat di sini, seperti pilihan klasik temaptan, sandwich dan kofe yang ditawarkan. Perkhidmatan disini juga terbaik dimana pemilik kafe ini sendiri begitu ambil tahu tentang keperluan pengunjung yang datang ke kafenya.

Lokasi: FastSlow Cafe, Singhanakhon District, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi : Setiap Hari (Tutup Selasa), 9:00pagi sehingga 7:30petang
Laman Web : https://www.facebook.com/officialassarabrand

#12 Avenue Hat Yai Cafe

avenue hatyai

Salah satu lagi tempat yang menawarkan kopi menarik dalam senarai ini adalah, Avenue Hat Yai . Kafe ini merupakan lokasi popular untuk lepak bagi peminat kafe. Berbeza dengan dekorasi dalaman yang minimalist, mereka menawarkan kopi yang kreatif dan menarik seperti Blackpinkk (kopi +strawberi sos), Noom Utitt (kopi+lemon yuzu) dan pelbagai lagi.. Hidangkan kopi tersebut bersama pastri yang dimasak panas, anda pastinya akan berpuas hati!

Lokasi : 90 Soi Noom Utit, Hat Yai, Songkhla, Thailand 
Waktu Operasi: Setiap Hari, 7:30 pagi sehingga 5.00 petang
Laman Web : https://www.facebook.com/Avenue.hdy

Sumber : Dah Cuti

Artikel Terpilih

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Taman Tema 'Indoor' Terbesar di Perak, Ibu Bapa Wajib Bawa Anak-Anak ke sini!

Warga Perak terutamanya bagi mereka yang berada di ibu negeri Perak, Ipoh kali ini boleh lah meluangkan masa bersama keluarga…
Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 Jenis Bunga Bakal Jadi Tarikan Pesta Bunga Melaka

Lebih 100 jenis bunga bakal menjadi tarikan pengunjung pada Pesta Bunga Melaka 2022 yang akan berlangsung di Taman Seribu Bunga,…
MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

MYAirline Kini Terbang ke Pulau Pinang, Destinasi Kedua di Wilayah Utara

Penerbangan sulung syarikat penerbangan tambah rendah terbaharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mendarat di Pulau Pinang pada 23 Disember, sekali…
Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Penginapan Homestay Unik di Kuala Lumpur, Lengkap Hiasan Lego & Gelongsor!

Mencari homestay yang mesra kanak-kanak agak sukar terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kadang-kala ibu bapa perlukan masa untuk…
Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Penginapan Diiktiraf oleh UNESCO World Heritage, Hotel Yeng Keng Tawar Keunikan Tersendiri!

Pulau Pinang sememangnya satu lokasi pelancongan utama di negara kita. Dikenali ramai dengan tempat-tempat menarik bukan sahaja oleh pelancong tempatan…
Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Negeri Selangor Lokasi Pertama di Asia Tenggara Pamer Watak Adiwira Dunia!

Kualiti dan potensi pelbagai kemudahan di negeri ini menjadi faktor Selangor dipilih sebagai tuan rumah pameran adiwira dunia pertama di…

Inginkan promo terkini dan tips bijak travel terus ke emel anda?